Thursday 16 February 2017

Portion makanan saya


Portion makanan perlulah seimbang. Sebelum saya ikuti herbalife, portion sy x seimbang. Nasi 1/2 pinggan, ayam paling besar dan biasanya pilih kepak dan tiada sayur. Sekarang sudah ubah. Sayur 1/2 pinggan. protin 1/4 pinggan dan nasi 1/4 pinggan.

Ubah mindset. Kalau rasa x cukup, makan dulu buah 1 biji ke dan minum air 30 minit sebelum makan. Baru makan nasi. Kalau sy yg jenis makan nasi 5 kali 1 hari boleh berubah, takkan awak tak leh. :)



Wednesday 15 February 2017

Jadual makanan

Weight Loss with Herbalife

Waktu makan pagi sebenarnya paling sesuai di antara jam 6 pagi - 9 pagi. Biasanya saya ambil 1 cup dari Aloe, 1 sudu dari Tea mix dan Shake. Ketahanan shake bergantung pada individu. Macam saya dah biasa makan nasi masa sarapan. Jadi, bila saya ambil 3 benda atas td biasanya tahan sampai jam 9 - 10 pagi. Dan akan ambil buah antara jam 10 - 12.00 tengah hari. Air biasa 2 botol ambil. Kerap ke tandas, tapi bantu perut rasa kenyang. Ambillah air 1 botol kecik 30 minit sebelum makan tengah hari.

Makan tengah hari biasanya saya ambil nasi juga. Sebab dah biasa sangat dengan nasi, jadi akan ambil nasi juga. (Masa awal2 dulu makan nasi 2 kali juga 1 hari, lama2 dah biasa dgn shake ambil nasi 1 kali 1 hari). Nasi ni ada orang ambill tengah hari dan ada selesa makan malam. Tapi saya suka makan tengah hari sbb balik kerja kan kena kemas rumah, x de selera makan nasi malam. Saya ambil nasi saiz 1 genggam tangan kita, apa2 protin (sy giler ayam) dan sayur kena half pinggan. Ingat, jgn ambil nasi dulu tp ambil lauk dan sayur dahulu. Baru rasa penuh pinggan masa nak ambil nasi. Biasanya saya lunch jam 12 tengah hari, tapi jangan lambat sgt ye.

Makan malam biasanya saya ambil benda sama saya ambil semasa sarapan. Biasanya lepas maghrib dah ambil. Lepas tu teguk balance air kosong yang x cukup lagi. 

Peringatan diri sendiri :
1) Buah pengganti benda kunyah2 sebelum ni kita ambil. (Sy gila kuaci tau tp sy ganti buah)
2) Masak sendiri lagi baik dari beli kedai. (Sy cuba ubah cara masak lebih guna olive oil-yg masak pny ye dan bawa bekal)
3) Minum air waktu pagi lebih dari malam
4) Mindset kena kuat, sbb tu kalau ada kawan2 lagi bersemangat
5) Shake tu blander dgn air sejuk baru rasa sedap. Banyak jenis shake. Sy suka manis jd amek cookies n cream. Siapa suka air kopi boleh beli cappucino.